http://ptp.skillerzforum.com/promote.php?id=24648

Tuesday, March 14, 2017

Resepi Kek Butter Paling Ringkas


Resepi kek butter ringkas mudah

hi,
harini cek nak share sikit cara buat kek butter mudah sebab ramai dok bertanya cemana cek buat kek sedap-sedap. sini cek nk share sikit resepi yang cek selalu ikut sejak zaman sekolah lagi. :)


Bahan-Bahan nya:

1 butter (250 gram)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu besar essen vanilla
Coklat - kalau nk ada rasa coklat sikit. selalu pakai coklat Cadbury jer. tapi coklat lain pun ok jugak asalkan coklat.


Cara-Cara nya:

1. Masukkan butter, gula, telur ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati. (tak kesah lah nak pakai apa barang sekali pun untuk gaul adunan tadi sampai sebati) *cek suka pakai tangan jerr, bg ada rasa air tangan bak kata orang.ahaha :D

2. Setelah adunan tadi sebati, masukkan 2 cawan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan gaul lagi sehingga sebati. masukkan esen vanilla ke dalam adunan tad. Bila nampak adunan dengan tepung tu dah sebati dah ok lah tu, jangan gaul sampai esoknya pulak.ahaha

3. Sapu sikit minyak pada loyang. (nak bagi kek nanti x melekat kat loyang).

4. Tuang sikit adunan tadi ke dalam loyang sebagai layer pertama. (jangan tuang adunan sampai habis nanti jadi 1 layer pulak)

5. Susun coklat yang digemari, cek suka cadbury.(susun macam mana pun ok yang penting letak je seluruh loyang tu dengan coklat.

6. tuangkan baki adunan tadi untuk cover atas lapisan coklat ni.

7. Lepas siap, panas kan oven dengan suhu 180 darjah

8. Bila oven dah ready/panas, masukkan adunan tadi ke dalam oven. bakar selama 30 minit.(tp ikut oven jugak). kalau nk tau dah masak ke belum, bila cucuk dengan lidi dan tak melekat tu maksudnya dah masak lah tu.
*eh jangan lupa, guna api bawah jer ye! :P


Bila dah siap, hasilnya boleh lah dinikmati seisi keluarga, adik-adik cek suka sangat makan kek ni dengan air milo. ada kick kata diorang.





No comments:

Post a Comment